Cara..

https://inilahcarakita.wordpress.com/

Advertisement

Open letter.

Surat terbuka
Kepada
Presiden UMNO dan Presiden PAS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Y.Bhg Dato’ Seri,

Kuasa Pemerintahan mutlak adalah sebenarnya di tangan Allah SWT.

Allah yg mengangkat seseorang untuk menjadi kerajaan memerintah, dan Allah jua yg mecabut kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan, bukan rakyat mahu pun PARTI.

Seterusnya, kehendak Allah jua untuk memuliakan seseorang, dan Allah jua yg MENGHINAKAN sesiapa yg Dia kehendakki.

Pengajaran dari Surah Ali Imran 3: 26:

1) Kemelut apa yg berlaku dan melanda negara Malaysia ini di sebaliknya ada message tersirat dan cara Allah nak mendidik hamba-Nya yg telah lalai akibat wang dan KUASA sehingga lupa siapa yg memiliki kuasa yg sebenarnya.

2) Parti umat Melayu dan Islam yg menjadi tonggak pentadbiran negara ini (UMNO dan PAS) harus sedar dari kesilapan dan memperbetulkannya, bukannya tambah menjadi celaru dan bertindak mengikut HAWA NAFSU dari bisikan Syaitan yg kerjanya menghasut supaya umat berpecah belah. Bersusah paya kita nak membentuk MUAFAKAT NASIONAL tapi kenapa separuh jalan dan hangat tahi ayam belum sempat PRU15, kini nak memusnahkannya kembali ke zaman jahilliah semula? Kamu semua nak ikut perintah Allah atau nak ikut jejak langkah Syaitan yg merosakkan?

Aduhai UMNO dan PAS…demi bumi yg tercinta dan agama yg telah Allah anugerahkan kpd kita ini, walau ada perbezaan namun bersatulah semula atas nama Allah dan agamamu, dan MN yg telah dibentuk wajib dilaksanakan, bukan dibubarkan.

Percayalah, jika tak nak bencana kerosakan berulang kembali bahana “Kerajaan “Hancing 22” bersatulah wahai UMNO dan PAS yg seharusnya sebagai KHALIFAH yg menjalankan tugasmu mentadbir bumi ini, sebab hanya di bahu kita saja terpikul tanggung-jawab menjaga agama Allah di bumi-Nya ini, bukan mereka.

Wassalam.

Hamba Allah
27 Disember 2022